Thursday, August 12, 2010

:.~ Doa Yang Dimakbulkan... ~.:

Sallam & Hallu...

Pepagi ni aku sangat r ngantuk.. xley nak stat wat keje, ble stat nak wat keje jek, otomatik mata ni layu.. huhuhu.. so, aku pon wat r keje yg bukan skop keje aku.. iaitu, mentenet kan diri..


Oleh kerani nie Bulan Ramadhan, bulan mulia, aku pun menggugel r perkara2 yang baik shj.. (kalu bkn bulan pose, aku cri gosip jek.. hehehe)..
So, hasil gugelan aku, aku telah terjumpe 1 artikel pasal "PETUA UNTUK MENCAPAI DOA YANG MUSTAJAB..
Aku yakin korang sume sama mcm aku kan.. mesti ada yang korang mahukan @ hajatkan, n sentiasa berdoa semoga ALLAH SWT makbulkan.. Tapi, tak semua yang kite nak tu, ALLAH SWT berikan.. N kite as hambaNYA selalu merungut.. Tapi kite x sedarkan, yang kadang2 doa kite tu tak ikhlas.. So, arini aku nak share ngn korang petua untuk doa yang mustajab.. Insya-Allah...

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab :.

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam....
(p/s: petua2 tu aku amik dr blog nie.. Sile r klik..)

Source : http://webblog.myjodoh.net

No comments:

Post a Comment