Friday, September 3, 2010

Kisah Bapa Pukul Anak kerana Pakai Tudung

Sumber : Emel dari Puan SUMARNI..


source pic: encet gugel..

Cerita bermula begini....





Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak
cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat
kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke
kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan?

Buat pengetahuan
korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa
sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai
tuala, masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada
cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes
habis habisan kalau! Bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari
dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga
aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku
turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta
masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk,
apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa
yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku
terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg!!!

Bapa aku hayun penampar ke muka aku!
Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"Sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung.
Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak..."

Pangggggggggggggggggggg....!!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku
sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu
naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah
100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh
"Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak
bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Lawak dipagi Jumaat.. ~ sebab aku xde idea nak wat entri ape.. huh..

(hunnybunny cakap: agak2 ni cte benar @ lakonan semata-mata???..)

1 comment: